Riwayat Hidup Ku

Home Riwayat Hidup Ku Gambar Solo Gambar Famili Gambar Kerjaya Berita Terkini Uji Mata

 

 
Nama sebenar saya MOHAMAD SHAM BIN SAIMON, dilahirkan di Hospital Besar Daerah Kelang pada 02 Februari 1972 jadi umur saya baru jer 27 tahun. Saya cuma ada dua orang adik beradik dan aku yang sulung, yang adik perempuan. Rumah orang tua saya terletak di DENGKIL Selangor, bersebelahan CYBERJAYA dan di belakangnya KLIA. Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dengkil Selangor, lepas tu saya masuk asrama penuh di Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak.
 

 
 
    Dipendekkan cerita saya kini berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak tahun 1993. Sekarang baru berpangkat Leftenan TLDM (sama dengan KAPTEN kalau dalam Tentera Darat dan Udara). Sebelum ini saya bertugas di Pangkalan TLDM Lumut  selama 1 tahun di kapal KD RAHMAT dan kemudiannya KD SRI NEGERI SEMBILAN. Disebabkan saya ni kononnya serba boleh saya telah dihantar untuk berkhidmat di kawasan operasi yang berpengkalan di Wliayah Persekutuan Labuan sejak 2 tahun yang lepas. Kerja saya kat sini special sikit .....macam askar upahan, macam lanun pon ia jugak sebab aku kena duduk pulau sebulan sekali. Rutin kerja saya sebulan jaga pulau dan sebulan istirehat kat Labuan. Istirehat bukannya saya tak kerja tapi releks laa sikit, memanjang on call aja.
 

 

Pulau yang saya jaga tu ialah PULAU SPRATLY di Laut China Selatan. Merupakan gugusan pulau yang terdiri dari terumbu-terumbu karang macam kat Australia gak ni. Kawasannya hangat dengan isu tuntutan bertindih di mana terdapat beberapa negara lain yang menuntut hak yang sama seperti CHINA, Philipina, Brunei, Vietnam dan Malaysia. Konflik ni tak habis-habis lagi sampai sekarang seperti yang selalu keluar kat surat khabar, berita dan CNN.
 

    
Saya juga sudah berkahwin dengan awek saya ......dah 4 tahun kahwin dan sekarang anak dah nak masuk 2.
 

[ Cerita selanjutnya akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. ]

Back to top

Copyright © 1999 [ ]^Silent^Hunter^[ at http://shakmal.tripod.com ]. All rights reserved.
Revised: November 14, 1999 .